Monday, November 4, 2013

Tamat Akhirnya...

Ho Hey Hello fellows!
pada 26 Oktober yg lepas TIKL telah menagada kan hari Graduasi!
Akhirnya! aku dah graduate!
"eleh, graduasi form 5 je pon."
PEDULI APA!
aku dah pon tamat kan zaman persekolahan aku! 
selama 10 tahun plus 2 tahun tadika aku sekolah,
AKHIRNYA AKU BEBAS!

berbalik kepada Hari Graduasi, pada sebelah pagi nya, kami (warga F5 TIKL) adamajlis rasmi.
ala, masjlis yg kene pakai jubah, naik pentas, amik sijil tu.
Haaa, yg tu la... most of my friend  take many picture with thier parents and friends.
but for me, it's enough 2 pictures with my parent.
okay la tu drpd xde kan. dah abis amik hadiah, aku outing jap balik umah nenek aku.
*gambar nnt la ye aku post ;)*

pada sebelah malamnya, TIKL julung2 kali nya mengada kan Graduation Night.
atau dalam bahasa melayu nya Malam Graduasi.
it is actually a Senior Night.
Program oleh kitorg untuk kitorg. 
tapi atas pemantauan cikgu/warden.

Kesumar-rian di TIKL
Begitu la suasana selepas masjlis.
malam tu ada beberapa anugerah tlh di berikan kpd beberapa org member aku.
itu saja utk kali ni.
Semoga kita bertemu lagi di post yg lain.
Sekian.



*artwork by TeletubiesMenggila: Graduation Night 2013

Friday, August 2, 2013

Warkah Puteri Buat Negara

Timbusnya jasadmu membawa nama,
Tiada yang dingati, tiada yang bersuara,
Jasad perwira menjadi debu,
Beterbangan di ruang angkasa.
Lautan darah menjadi saksi,
Menjulang keris tanda keberanian,
Laungan pejuang bukti kebebasan,
Mengukir doa sebagai pelindung.
Wahai generasiku,
Mana hilang suara lantangmu?
Mana pergi hembusan perwira?
Jangan dibuai mimpi dunia,
Fikir sejenak lelah dijiwa.
Ingatlah wahai pemudi,
Peneraju masa hadapan,
Sejarah bukan kebetulan,
Sudah tercatat di luh mahfuz,
Tabahkan diri mu,
Langakah ke hadapan.

by: Cik CT

Monday, July 15, 2013

Hilangnya Namamu

Bumi berputar
Waktu tak pernah berhenti
Ibarat semanya cintamu padaku
Itu sangka ku dulu kala
Terbongkar segalanya
Hilang rasa cinta itu
Aku hanya ingn melupakan lakonan mu
Pahit manis semua dari ingatanku
Terbanglah manik kacaku
Biarkan ianya berlalu
    Kau lakar hidupku dengan warna hitam
    Apa yang mampuku ucap
    Tumbuhlah pelangi, pergilah hujan
    Biarkan aku lepaskan mu

by: Cik CT

Sunday, June 23, 2013

Zaman Gadis

Berlari jantungku
Saat pertama kali menatap wajahmu
Kita bertentang mata
Kau mengukir senyuman
Aku tertunduk malu

Manik-manik membasahi bumi
Cahaya sinar memancar
Terbitlah sang pelangi
Bunga cinta mula mekar

Bait-bait manis yang kau ungkapkan
Mengalir indah di pendengaranku
Mencairkan hati suci
Sungguh mendamaikan jiwa

Sejak kau hadir
Segalanya menjadi kontras
Hidupku penuh bahagia
Kaulah mahligai hatiku
Kaulauh pemilik hatiku
Hingga ke firdaus

by: Cik CT

Cik CT

Watsup guys !
dah dekat sebulan dengan post yang terakhir.
makin sikit masa yang dapat aku luangkan untuk kemaskini blog ni.

btw mulai  hari ini, aku akan post karya seorang member aku.
sebab dia malu, dia hanya mahu digelas sebagai CT sahaja.
apa? lelaki ke perempuan?
ntah, aku pon tak pasti xD 
ok gurau je.
mestilah perempuan.
dia adalah member yang aku kenal sejak sekolah rendah lagi.
kitorang masuk sekolah menengah rendah yang sama
lepas PMR pon masuk sekolah menengah atas yang sama.

Sunday, June 2, 2013

MY ARTWORK

Well hello fellows :D
today i want a share some of my art work in my entire 'carrier' as a Photoshop users :)

My first artwork
for more, click more>>>